fbpx

Pekerja syarikat kurier campak barang pelanggan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tular sekali lagi video memaparkan tindakan beberapa pekerja sebuah syarikat penghantar barang terkenal mencampak bungkusan pelanggan daripada lori.

Rakaman tersebut mula tersebar sejak pagi tadi di platform Facebook dan juga Twitter.

Pengguna Facebook, Ahmad Wildan turut berkongsi rakaman tindakan pekerja tersebut dan menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

Katanya, perbuatan seperti itu menjadi punca kepada barangan pelanggan rosak dan pecah.

“Ini la punca barang-barang dari S*** pecah dan hancur, lepas itu pelanggan nak ‘refund’ tak dapat pula, S*** E*** tolong buat sesuatu,” tegasnya pada kapsyen video tersebut.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pekerja terbabit dan meminta untuk pihak syarikat terlibat bertindak membuang kakitangan tersebut.

“Pekerja macam ini jangan diambil, siapa nak bayar ganti rugi baranf pelanggan yang rosak, duit peniaga yang rugi? Kalau nak kerja tak ikhlas, baik kau cari kerja lain,” tegur Aizad.

“Tak semua orang pos kertas, kain yang boleh dibaling-baling, buatnya kaca, plastik, ada yang pecah, kemek bila sampai di tangan pelanggan. Bukan murah beli ‘online’, duit pelanggan beratus habis, kau hantar bagi barang rosak,” kata Syarifah Alia.

“Kalau depan mata aku, aku baling budak-budak ini sekali macam dia baling bungkusan pelanggan,” luah Zack. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI