fbpx

PRN: Lebih 6,000 pegawai, anggota polis P. Pinang bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin memeriksa perbarisan anggota sempena lawatan kerja ke IPD SPT di Bukit Mertajam hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang sudah bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lebih 6,000 pegawai dan anggota polis negeri ini akan bertugas sepanjang proses PRN nanti.

Menurut beliau, pihaknya akan memohon bantuan kekuatan dari Bukit Aman serta kontinjen lain bagi membantu kelancaran anggota sedia ada sekiranya perlu.

“Setakat ini, kekuatan kita menghadapi PRN adalah lebih 6,000 anggota dan kalau perlu, kita akan minta bantuan kontinjen lain.

“Kita memang telah buat persiapan untuk menghadapi PRN bermula daripada proses penamaan calon, kempen, undi awal, hari pengundian serta pasca PRN.

“Secara umumnya, kita di Kontinjen Pulau Pinang sudah bersedia bagi menghadapi PRN,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI