fbpx

Tujuan asal UPSR ‘disesatkan’ selepas diperkenal pada 1988

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperkenalkan sejak 1988 bagi menilai murid sekolah rendah telah disesatkan oleh segelintir individu.

Pakar Pendidikan, Dr. Anuar Ahmad berkata, tujuan asal ujian tersebut adalah untuk menilai prestasi 3M (menulis, membaca, mengira) murid-murid sekolah rendah.

“Itu sebab dia dipanggil ujian, pada dasarnya adalah untuk menilai 3M itu, namun telah dijadikan sebagai peperiksaan untuk mengikhtiraf guru cemerlang, sekolah hebat, pelajar bijak.

“Selepas itu dinilai pula untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh, tujuan UPSR tadi sebenarnya telah disesatkan,” jelasnya menerusi satu klip video di laman sosial Facebooknya hari ini.

Dalam perkembangan sama jelas beliau, tindakan guru yang membuatkan pelajar mendapat keputusan tinggi seperti 5A memegang kertas di dada ketika pengumuman penilaian juga boleh membuatkan murid lain berasa sedih.

“Ketika pengumuman akan ada murid cemerlang misalnya pegang kad yang tulis 5A menunjukkan dia adalah murid bijak.

“Apa jadi dengan murid lain yang dapat 4A 1B dan yang dapat keputusan lain. Kadang- kadang markah A dan B itu hanya dibezakan dengan dua markah sahaja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI