fbpx

Kadar inflasi negara terus catat penurunan kepada 2.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Inflasi Malaysia terus mencatakan penurunan kepada 2.8 peratus pada Mei 2023 berbanding 3.3 peratus pada April 2023.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi satu kenyaatan berkata, inflasi dalam negara terus menurun pada Mei 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.2 berbanding 126.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, jelas kenyataan itu, kenaikan inflasi di Malaysia masih kekal didorong oleh kenaikan lebih tinggi restoran dan hotel (6.7 peratus) berbanding April 2023 (6.6 peratus).

Namun begitu, peningkatan perlahan berbanding bulan sebelumnya bagi beberapa kumpulan seperti makanan dan minuman bukan alkohol (5.9 peratus), pengangkutan (1 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.7 peratus) sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi Malaysia daripada terus meningkat lebih tinggi.

Dalam perkembangan lain, DOSM akan mengeluarkan Anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Awalan bermula pada suku tahun kedua 2023.

“Anggaran awalan ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh DOSM untuk memberikan gambaran prestasi ekonomi empat minggu awal sebelum KDNK Suku Tahunan dikeluarkan,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI