fbpx

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan enam orang pegawai kanannya berkuat kuasa 7 Disember depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai pertukaran adalah Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis.

Katanya, Yusuf dilantik sebagai Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat pula akan menggantikan Superintendan Syed Basri Syed Ali selaku Ketua Polis Daerah Baling.

“Manakala, Syed Basri dilantik sebagai Pegawai Turus Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Asmawati, turut terlibat dengan pertukaran itu adalah Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Petaling Jaya, Deputi Superintendan Zaiham Mohd. Kahar yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Bentong dengan memangku pangkat Superintendan.

“Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan di negeri sama.

“Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan pula dilantik mengetuai jabatan itu dengan memangku pangkat Superintendan menggantikan Wan Sharuddin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI