fbpx

Mahkamah: Langgar syarat bon, Zuraida perlu bayar RM10 juta kepada PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memerintahkan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamarudin membayar RM10 juta kepada parti itu kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti berkenaan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas membenarkan saman yang dikemukakan PKR selaku plaintif terhadap Zuraida sebagai defendan.

Dalam penghakiman ringkasnya, hakim itu berkata, bon yang ditandatangani Zuraida dalam saman itu adalah satu kontrak yang telah mengikatnya.

Berdasarkan saman yang difailkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail oleh pada 28 September 2020, PKR mendakwa Zuraida telah menandatangani suatu bon pada 25 April 2018, yang mengikat dirinya untuk membayar parti sejumlah RM10 juta, berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.

Jumlah tersebut adalah nilai pampasan yang perlu dibayar oleh mereka yang bertindak keluar parti atas penggunaan nama, logo dan benda serta perkhidmatan dan sokongan yang diberikan oleh PKR sewaktu bertanding.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa defendan telah melanggar bon yang telah ditandatangani dan berdasarkan peruntukan Seksyen 71 Akta Kontrak 1950, PKR mempunyai hak untuk mendapatkan kesemua faedah yang dinikmati atau akan dinikmati oleh Zuraida setelah menjadi Ahli Parlimen Ampang.

Sebelum ini dalam perbicaraan kes saman itu Mahkamah Tinggi di sini hari diberitahu, Zuraida telah menandatangani bon dengan PKR secara sukarela sebagai memenuhi syarat perjanjian sebagai calon parti sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Saifuddin berkata, Zuraida bukan sahaja mempunyai pengetahuan penuh berhubung syarat tersebut malah tidak pernah mengemukakan sebarang bantahan terhadap perkara itu.

Menurut beliau, Zuraida mengetahui keperluan bahawa setiap ahli parti yang memenangi PRU perlu menandatangani bon yang mengikat mereka agar membayar RM10 juta sekiranya meletak jawatan, bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Bagaimanapun Zuraida dalam keterangannya pulanmemberitahu, bahawa beliau menandatangani beberapa dokumen yang disediakan parti itu sehari sebelum pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), di bawah paksaan.

Malah Zuraida berkata secara jujurnya, beliau beliau tidak tahu sama ada telah menandatangani bon bernilai RM10 juta, yang mengikatnya kepada parti atau dokumen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI