fbpx

‘Chatting’ punca penceraian suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramai pasangan suami isteri di luar sana gagal menggunakan kemudahan aplikasi kiriman mesej seperti WhatsApp, Facebook, Instgaram mahupun Twitter dengan cara yang betul sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa di TikTok hari ini, katanya, antara punca berlakunya penceraian adalah disebabkan pasangan suami isteri ini gagal mengawal adab mereka sewaktu menghantar mesej pada kenalan berlainan jantina termasuklah rakan sekerja.

Katanya, antara perkara yang perlu dielak semasa berbual dengan rakan secara dalam talian ini adalah pastikan mesej dihantar mempunyai tujuan penting sahaja sama ada urusan kerja atau hal-hal kecemasan.

“Jangan letak ikon memek muka atau emoji ‘love’ sewaktu membalas pesanan rakan berlainan jantina dan segera tamatkan sesi perbualan agar tidak berlanjutan.

“Selain itu, pastikan bermaruah sewaktu menghantar atau membalas mesej rakan berlainan jantina, jaga adab sebagai seorang lelaki atau perempuan dan yang paling penting elak menggunakan ayat manja atau merenget,” katanya.

Dalam pada itu, Shazril turut mengingatkan pasangan suami isteri untuk tidak berurusan dengan rakan sekerja selepas waktu kerja terutama kenalan berbeza jantina bagi mengelakkan dari berlakunya sesi luahan perasaan peribadi sewaktu tempoh perbualan.

“Elakkan juga bermesej dengan ayat-ayat pujian takut ada hati yang tersuka, dan elakkan juga kerap mesej dengan orang yang sama.

“Hormatilah pasangan halal (isteri/suami) anda kerana perkara-perkara tersebut boleh mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga anda selain hilang perasaan sayang kepada pasangan disebabkan kehadiran orang ketiga,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI