fbpx

Empat ahli jemaah tabligh selamat tiba dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Seramai empat ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia yang selesai menjalani  proses  perbicaraan  di  Buxar,  India  telah  selamat tiba  di  tanah  air, semalam.

Kesemua  mereka  tiba  di  Lapangan  Terbang Antarabangsa  Kuala  Lumpur  (KLIA)  pada  pukul  3.33  petang  dengan  menaiki  penerbangan  Air India  Express  dari  New  Delhi,  India.

Timbalan Menteri Luar Negeri,  Datuk Kamarudin Jaffar berkata, dengan  kepulangan  empat ahli  jemaah jabligh ini,  masih  terdapat  seramai  sembilan  orang lagi jemaah rakyat Malaysia yang  sedang  menjalani  prosedur  perundangan  di  Bihar,  India.

Katanya, sehingga  kini,  kementerian  telah  berjaya  membawa  pulang  seramai  180  daripada 189  orang  ahli jemaah tabligh  yang  berada  di  India.

“Sebelum  ini,  seramai  176  ahli jemaah tabligh telah dibawa  pulang  menerusi  beberapa  siri  Misi  Bantuan  Kemanusiaan  dan  Bencana  (HADR),  iaitu pada  18,  22,  29  Julai,  26  Ogos,  18  September,  9,  14,  23  dan  30  Oktober  lalu.

“Selaras dengan  peraturan  semasa  yang  berkuatkuasa,  kesemua  mereka yang  dibawa  pulang  ke  tanah  air diwajibkan  menjalani  kuarantin  selama  14  hari  di  stesen  kuarantin  yang  telah  ditetapkan oleh  kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian  menerusi  Perwakilan  Malaysia  di  New  Delhi,  India  akan  terus  memantau  perkembangan  kes ini  secara  rapat  dan  bekerjasama  dengan  pihak  berkuasa  tempatan  bagi  menyelaras  usaha membawa  pulang  baki  sembilan  ahli  jemaah tabligh tersebut  sejurus  selepas  pembebasan  mereka  kelak.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI