fbpx

Bekas Gabenor Chiang Rai ketuai misi menyelamat ‘budak gua’ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Narongsak Osotthanakorn. - National News Bureau of Thailand

BANGKOK – Bekas gabenor Chiang Rai, Narongsak Osotthanakorn yang menerima pujian seluruh dunia kerana kepimpinannya membantu misi menyelamat pasukan bola sepak remaja, Wild Boars pada 2018, meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat kanser, lapor akhbar Bangkok Post.

Narongsak yang selepas itu berkhidmat sebagai gabenor Pathum Thani, menghembuskan nafas terakhir pukul 5.40 petang (waktu tempatan) semalam di Hospital Siriraj di Bangkok, tempat dia dirawat.

Usaha menyelamat yang dilakukan untuk mengeluarkan pasukan Wild Boars yang terperangkap di dalam gua Tham Luang pada 23 Jun 2018 itu menarik perhatian ramai pakar.  

Norangsak yang akan ditukarkan ke Phayao ketika itu, bersetuju menangguhkan pertukarannya sehingga misi membawa pulang 13 mangsa bersama jurulatih pasukan itu selesai.

Pada pelancaran misi menyelamat itu, Narongsak mengisytiharkan bahawa mana-mana pegawai yang gentar dengan tugas sukar itu dibenarkan pulang ke rumah.

Apabila Asia Society memutuskan untuk memberikan Anugerah Pengubah Permainan Asia kepada ‘Pasukan Penyelamat di Gua Tham Luang’, mereka menjemput Narongsak ke New York untuk menerimanya.

“Misi itu (dijalankan tanpa mengira) bangsa atau kewarganegaraan dan menyatukan manusia secara keseluruhan.

“Saya berharap kejadian itu akan memberi inspirasi kepada semua orang untuk mula hidup untuk orang lain,” katanya kepada orang ramai ketika menerima anugerah tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI