fbpx

Berang Wi-Fi perlahan penyewa cekik tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mencekik mangsa kerana sambungan Wi-Fi di rumah itu perlahan. - Pan Image

SINGAPURA – Seorang penyewa warga China dihukum penjara selepas mengacu sebilah pisau ke arah tuan rumahnya kerana marah sambungan Wi-Fi di kediaman itu perlahan ketika dia bermain permainan video, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Li Xin, 30, mengaku bersalah semalam atas pertuduhan ugutan jenayah dengan niat untuk menyebabkan kematian dan pertuduhan kedua menyebabkan kecederaan dengan mencekik tuan rumahnya.

Xin yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel, dijatuhi hukuman penjara lima bulan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ashley Poh berkata, pada petang 16 Mei lalu, Xin minum enam tin bir dan bermain permainan video pada telefon bimbitnya, manakala tuan rumah, Lin Suhua, 61, berada di dalam biliknya dengan pintu tertutup.

Semasa bermain, Xin menyuruh Suhua keluar dari biliknya untuk mengadu tentang Wi-Fi.

Perselisihan kemudian berlaku sebelum Xin mengeluarkan sebilah pisau, menarik wanita itu ke biliknya dan menghempasnya mangsa ke katil.

Suhua cuba menenangkan Xin sebelum lelaki itu menerima panggilan telefon daripada Ji iaitu seorang lagi penyewa di rumah itu kerana sudah menunggu di bawah selama dua jam. 

Suhua kemudian menjerit kepada Ji dan bertanya kenapa dia tidak pulang ke rumah awal semasa panggilan telefon itu.

Xin berkata: “Kerana saya memberitahunya saya akan membunuh semua keluarga kamu.”

Apabila Ji tiba di rumah, Suhua mengadu kepadanya mengenai ancaman Xin. Xin kemudian cuba mencekik Suhua sebelum Jin cuba menghalangnya. Pertelingkahan itu berakhir dengan Suhua menghubungi polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI