fbpx

Putin umum kerah peluru berpandu nuklear Satan 2 ke medan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru berpandu balistik antara benua Sarmat dilancarkan di sebuah lapangan ujian di Plesetsk, Russia pada 20 April 2022. – AFP

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan akan mengerahkan peluru berpandu balistik antara benua, Sarmat untuk pertempuran tidak lama lagi sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai penggunaan senjata nuklear dalam perang di Ukraine, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Generasi baharu misil Sarmat atau dikenali sebagai Satan 2 itu boleh membawa 10 atau lebih peledak nuklear.

“Peluru berpandu pertama Sarmat akan dikerahkan untuk pertempuran tidak lama lagi,” kata Putin dalam ucapannya di hadapan barisan rekrut akademi tentera Russia kelmarin.

Dalam ucapannya, Putin turut menegaskan mengenai kepentingan penggunaan senjata nuklear untuk pertahanan Russia, merujuk kepada keupayaan berperang dari darat, laut atau udara.

“Tugas paling utama di sini adalah pembangunan triad (darat, laut, udara) senjata nuklear yang merupakan jaminan utama keselamatan Russia serta kestabilan global.

“Sudah kira-kira separuh daripada unit dan formasi Pasukan Peluru Berpandu Strategik dilengkapi dengan sistem Yars terkini, dan tentera Russia juga sedang dilengkapi semula dengan sistem peluru berpandu moden dengan peledak hipersonik Avangard,” katanya.

Peluru berpandu Sarmat merupakan sebuah senjata pemusnah besar-besaran yang direka untuk serangan nuklear jarak jauh, namun ia menghadapi kelewatan dalam penggunaannya.

Satan 2 pada awalnya di­sasarkan untuk beroperasi pada musim luruh 2022, namun pelan Russia itu tidak berkembang sepantas seperti dijangkakan.

Bekas ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Dmitry Rogozin, sebelum ini menyatakan bahawa peluru berpandu Sarmat akan ditempatkan di wilayah Krasnoyarsk,Siberia yang terletak kira-kira 3,000 kilometer ke timur Moscow.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI