fbpx

Jawapan kehilangan Maman Teacher’s Pet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMASA bersama Teacher’s Pet, Maman cukup popular dengan lagu Warisan Wanita Terakhir yang terus malar segar sehingga kini.

HILANG dari radar. Itu perenggan sesuai menggambarkan status keberadaan penyanyi rock, Maman Teacher’s Pet yang hilang selama 20 tahun dari dunia hiburan.

Dahulunya lebih sinonim dengan gaya rambut panjang, kini Maman tampil dengan imej segar, bersih dan matang untuk kemunculan semulanya.

Kemunculan Maman kali ini disempurnakan dengan buah tangan berupa album penuh khas buat peminat muzik era 1990-an melepaskan kerinduan.

Keberanian penyanyi kumpulan Teacher’s Pet itu dengan album penuh berjudul Aku kerana yakin, industri kini lagu dan muzik berkualiti.

“Kalau dahulu, setiap minggu ada sahaja lagu baharu diluncur di stesen radio, boleh katakan, setiap minggu ‘ribut’ dengan naskah baharu dan cukup saya nanti-nantikan.

“Sekarang kita semakin kekurangan karya bagus dan kebanyakan lagu tersebut pula bukannya datang daripada album.

“Jadi, saya terpanggil untuk menghasilkan sesuatu berkualiti sebab ada ruang di situ,” kata vokalis Teacher’s Pet itu.

DUA puluh tahun menyepikan diri, Maman mengakui kemunculan semulanya menerusi sebuah album berjudul Aku banyak didorong isteri isteri tercinta . – FAUZI BAHARUDIN

Dorongan isteri

Kembali dengan semangat baharu, Maman juga mengakui, kehadiran seorang isteri juga banyak mempengaruhi idea dan pemikirannya.

“Kekuatan saya untuk menghasilkan album dan kemunculan semula adalah daripada isteri saya.

“Dia bagi saya semangat dan juga membantu saya menghasilkan album ini.

“Cara dia menulis lirik lagu mengingatkan saya kepada Allahyarham Loloq,” tutur penyanyi asal Singapura itu.

Ditebak mengenai kehidupan semasa menghilangkan diri dari dunia seni, pemilik nama lengkap Rosman Lamri mendedahkan, dia banyak menghabiskan masa sebagai guru bahasa Melayu.

“Sepanjang ‘kehilangan’, saya mengajar bahasa Melayu dan hasilkan program untuk pelajar sekolah.

“Saya mengajar bahasa Melayu menerusi lagu dan puisi. Usaha ini bagi menggalakkan pelajar di Singapura berbahasa Melayu.

“Saya juga menghasilkan lagu berunsurkan kerohanian bersama sebuah madrasah, tetapi projek itu lebih kepada album mini,” ujarnya.

Dari situlah Maman menampilkan kematangan karya dengan kelainan nafas seninya menerusi Aku.

Akuinya lagi, segala bahasa rindu dan persoalan sepanjang kehilangannya mampu terjawab menerusi tujuh buah lagu dalam album baharunya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI