fbpx

KPDN arah syarikat gula hantar laporan stok setiap hari – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin bergambar dengan penerima selepas menyampaikan Tunai Rahmah kepada usahawan Asnaf pada Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun 2023 di KPDN, Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengarahkan supaya dua syarikat pengeluar gula, MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) menghantar laporan harian berhubung pengeluaran gula di kilang masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut mula dilaksanakan sejak Mei lalu bagi memastikan jaminan bekalan gula di pasaran tidak terjejas.

Beliau berkata, kedua-dua syarikat juga telah memberi jaminan bahawa bekalan gula mencukupi terutama di negeri-negeri Pantai Timur.

“Pada masa sama, KPDN juga akan mempergiatkan penguatkuasaan di sempadan negara bagi mengelakkan ketirisan subsidi terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan.

“Kita akan memantau serius perkara itu khususnya di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN di sini hari ini.

Katanya, bekalan gula ketika ini stabil malah, tiada aduan diterima sejak beberapa hari dan ia berlaku disebabkan pemeriksaan secara berkala di peringkat pemborong serta runcit menerusi Ops Manis baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI