fbpx

Tang Jie-Ee Wei perlukan 27 minit sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE Wei (depan) dan Tang Jie meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan Thailand di pusingan kedua Terbuka Taiwan di Arena Tian-mu hari ini. - BADMINTON PHOTO/BAM

PETALING JAYA – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Taiwan 2023 selepas menewaskan Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat di pusingan kedua hari ini.

Tang Jie-Ee Wei, No.19 dunia, tidak berdepan masalah besar untuk menumbangkan lawan dari Thailand yang menghuni ranking ke-39 dunia itu pada aksi yang berlangsung di Arena Tian-mu, University of Taipei.

Pasangan yang baru sahaja tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu, cuma mengambil masa 27 minit untuk merakam kemenangan straight-set 21-13, 21-13.

Di suku akhir esok, mereka akan bertemu beregu tuan rumah, Yang Po-hsuan dan Hu Ling-fang selepas menewaskan rakan senegara, Lee Jhe Heui-Hsu Ya Ching dengan keputusan 14-21, 21-19, 21-18.

PANG RON (kiri) dan Mei Xing bangga selepas berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Taiwan 2023 menentang beregu tuan rumah esok. – BADMINTON PHOTO/BAM

Turut mengikut jejak Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir esok adalah Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing selepas menewaskan pasangan dari Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Lee Yu Lim 19-21, 21-16, 21-14.

Bagaimanapun, tugas mencabar menanti beregu campuran No.41 dunia itu kerana perlu berdepan pilihan kelima kejohanan di ranking ke-23 dunia dari Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin di suku akhir esok.

Pemain perseorangan lelaki yang berada di ranking ke-139 dunia, Yeoh Seng Zoe turut cemerlang apabila mencipta kejutan menumbangkan jaguh Jepun (No.14 dunia), Kanta Tsuneyama 21-19, 21-15.

Namun, seorang lagi wakil pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei gagal meneruskan kemaraan apabila disingkirkan Ng Ka Long dari Hong Kong 21-14, 21-13. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI