fbpx

Rosliza enggan lagi buat keputusan semata gerak hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLIZA pernah mengalami pelbagai kerugian sebelum ini.

AROMATERAPI merupakan satu kaedah rawatan alternatif yang semakin popular dan mendapat tempat di hati pengguna.

Manakan tidak, bau yang segar serta boleh digunakan dengan pelbagai cara, selain manfaat daripada produk tersebut menjadikannya semakin digemari ramai.

Maka, tidak hairanlah ramai pengusaha yang memilih produk berasaskan aromaterapi sebagai perniagaan untuk menjana pendapatan sekali gus mengubah nasib seseorang.

Bagi Rosliza Yaziz, 38, dia memilih untuk memasarkan produk aromaterapi kerana ia perniagaan yang digemari ramai, terutama oleh kaum wanita.

Memulakan kisah, Rosliza yang semakin menempa kejayaan memberitahu, pencapaian dikecapinya hari ini bukanlah diraih dengan sekelip mata, sebaliknya terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan keperitan.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, di peringkat awal memulakan perniagaan berkenaan, dia mengakui banyak kerugian wang, masa dan juga tenaga telah menimpanya.

“Antara puncanya adalah sikap saya yang suka membuat keputusan melulu dalam perniagaan tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

“Dahulu, kalau saya nak buat sesuatu keputusan, saya biasanya ikut gerak hati. Kalau ada buat kajian pun, cuma sikit-sikit.

“Tapi selalunya saya tak buat pun kajian pasaran. Tindakan saya itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada perniagaan saya.

“Saya bukan sahaja mengalami kerugian wang apabila apa yang dilaksanakan tidak berhasil, malah saya juga banyak membuang masa dan tenaga,” katanya.

ROSLIZA kini semakin menempa kejayaan dalam perniagaan apabila turut mempunyai wisma sendiri.

Antara kelemahan ketika itu ujarnya, dia langsung tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam mentadbir urus perniagaannya.

Jelasnya, ilmunya dalam dunia perniagaan juga agak cetek dan hanya bergantung kepada sedikit pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum itu.

“Pada suatu ketika, saya mempunyai ramai ejen yang bernaung di bawah perniagaan yang saya bangunkan.

“Namun, disebabkan sikap saya yang suka membuat keputusan secara semberono menyebabkan timbul masalah, misalnya dari segi rekod dan sebagainya.

“Sikap saya yang sukar mempercayai orang lain termasuk pasukan sendiri juga menyebabkan hampir semua kerja dilakukan saya sendiri dan membuatkan pekerja silih berganti berhenti kerja kerana tidak puas hati dengan cara yang saya terapkan,” ujarnya sesal.

Bukan itu sahaja, dia juga mengakui tidak fokus terhadap produk utamanya dan menjual pelbagai produk sampingan dalam satu masa menyebabkan produk aromaterapinya tenggelam dalam pasaran.

Berkongsi sedikit pencapaian dan kejayaan yang diraih produknya iaitu Najeehah, dua tahun lalu syarikat berjaya memiliki sebuah gudang operasi besar yang berkeluasan kira-kira 23,000 kaki persegi selain wisma sendiri.

Pada kesempatan lain, Rosliza turut berkongsi rezeki dengan membuka peluang kepada bakal usahawan baharu yang ingin merubah nasib mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI