fbpx

Aktiviti fizikal kanak-kanak, remaja rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Razif (dua kiri) selepas menyaksikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng (kiri) menyerahkan replika cek kepada Darick Wong (kanan) ketika majlis perasmian Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia 2022 di Hotel Marriot, Putrajaya, di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pencapaian gred aktiviti fizikal bagi golongan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap sangat rendah iaitu D minus (D-) berdasarkan penemuan dikeluarkan Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia 2022.

Pengerusi Active Healthy Kids Malaysia, Prof Madya Dr. Mohd Razif Shahril berkata, kebanyakan gred yang terdapat dalam kad laporan itu adalah hampir sama dengan gred pada 2016, sekali gus memberi gambaran tiada penambahbaikan pada penunjuk aktiviti fizikal sejak ia dimulakan empat tahun lalu.

Jelasnya, ini merupakan kali kedua Malaysia menyertai 57 negara lain dalam Active Healthy Kids Global Alliance (AHKGA) Global Matrix 4.0 yang melaporkan status terkini mengenai penunjuk aktiviti fizikal dan kesihatan kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 17 tahun.

“Kalau dibandingkan dengan 57 negara, kita berada di tangga 34 iaitu dibawah Singapura, India, Jepun dan beberapa lagi negara Asia yang lain.

“Jadi agak rendah berbanding dengan negara-negara tersebut, justeru kita kena ada tindakan segera dari semua pihak berkepentingan dan bukan hanya (bergantung kepada) KKM (Kementerian Kesihatan) atau universiti sahaja, semua orang termasuk komuniti dan ibu bapa perlu terlibat untuk meningkatkan gred ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia 2022 yang dijalankan hasil kerjasama antara penyedia insurans hayat dan takaful keluarga terkemuka, Sun Life Malaysia dengan AHKGA serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI