fbpx

Ilkay Gundogan nekad pilih ke Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNDOGAN menerima tawaran kontrak selama tiga tahun bersama Barcelona menyebabkan dia memilih untuk meninggalkan Etihad. - AFP

MANCHESTER – Bintang tengah Manchester City, Ilkay Gundogan bakal meninggalkan pasukan itu yang baru sahaja menjulang tiga kejuaraan musim ini dengan menyertai juara Sepanyol, Barcelona.

Gundogan, 32, dipercayai telah ditawarkan kontrak tiga tahun oleh The Catalans dan akan terbang ke Camp Nou sebaik kontraknya dengan City berakhir hujung bulan ini.

The Citizens sebelum ini dikatakan mahu menawarkan kontrak baharu selama setahun kepada kapten mereka itu dengan pilihan lanjutan perjanjian 12 bulan selepas itu.

Bagaimanapun, Gundogan lebih berminat untuk mendapatkan cabaran baharu dalam liga berlainan seperti La Liga di Sepanyol walaupun Arsenal dikatakan turut menyatakan minat mereka mendapatkan khidmatnya.

Tonggak Jerman itu telah bermain sebanyak 304 perlawanan dalam semua kejohanan dan meledak 60 gol sejak berhijrah ke Stadium Etihad daripada Borussia Dortmund dengan harga £20 juta (RM118.71 juta) pada 2016.

Sejak itu, Gundogan telah memenangi pelbagai kejuaraan termasuk liga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala FA, empat Piala Liga Inggeris (EFL), satu Piala Perisai Komuniti dan terbaharu Liga Juara-Juara.

Dalam perkembangan sama, City tidak mengambil masa lama apabila mengesahkan persetujuan mereka terhadap harga £30 juta (RM178.07 juta) yang diletakkan untuk membeli pemain tengah Chelsea, Mateo Kovacic.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu akan membayar £25 juta (RM148.39 juta) terlebih dahulu kepada Chelsea dengan tambahan £5 juta (RM29.68 juta) dalam bentuk bonus.

Ia bakal menyaksikan Kovacic, 29, yang kini memasuki kontrak tahun terakhirnya di Stamford Bridge, bakal menjadi pembelian pertama City dalam jendela perpindahan yang akan dibuka 1 Julai ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI