fbpx

Dua beradik ponteng sekolah, kerja 12 jam sehari undang simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussen berkongsi video dua beradik tersebut di Facebooknya, semalam.

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa segera membela nasib dua beradik yang didakwa telah dipaksa bekerja 12 jam sehari sehingga tidak dapat ke sekolah.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Hussen Zulkarai semalam, dia memuat naik rakaman memaparkan dua beradik tersebut terpaksa berdiri di tengah panas di hadapan bank di dua lokasi yang berbeza untuk memastikan jualan mereka habis terjual.

“Untuk makluman semua budak-budak itu saya lihat seolah-olah telah hilang arah kehidupan bagi masa depan mereka. Sangat lesu, nampak penat, sudah tidak ceria seperti budak-budak lain yang hidup berkawan dan berpendidikan .

“Mereka itu nampak serabut dalam kehidupan sedangkan mereka perlu ada kawan kawan juga untuk bermain dan belajar bersama. Masa remaja dan pembelajaran mereka diusia remaja ditarah untuk berniaga setiap hari 12 jam sehari.

“Bagaimana nak ada kawan jika dikawal hingga begini rupa,” dakwa lelaki itu.

Menurut Hussen, salah seorang mereka berniaga di hadapan sebuah bank di Setapak, manakala seorang lagi di Gombak dengan menjual air serta beberapa jenis gajet.

Tambahnya, aduan telah dibuat kepada pihak JKM, namun belum ada sebarang tindakan susulan dijalankan.

Sementara itu, Hussen memberitahu dia juga telah menghubungi pihak sekolah dua beradik tersebut untuk mendapat kepastian.

“Saya dah hubungi sekolah, cikgu mereka cakap memang mereka ini kerap tidak hadir ke sekolah kerana berniaga.

“Saya lihat bapa mereka ini seperti menggunakan anak-anak untuk cari duit. Biar anak tak sekolah, janji anak berniaga boleh bagi duit ke dia (bapa),” dakwa lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI