fbpx

Pakej Rahmah Insurans, Pakej Rahmah Takaful diperkenal – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin melancar Jenama Pakej Rahmah Insurans dan Takaful pada Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun 2023 di KPDN, Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful yang menawarkan perlindungan komprehensif pada harga berpatutan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pakej itu ditawarkan dua syarikat takaful dan insurans terkemuka iaitu Allianz Malaysia dan Etiqa.

Beliau berkata, pelancaran kedua-dua pakej ini adalah seiring hasrat KPDN untuk memperluas pelaksanaan Program Payung Rahmah agar turut meliputi segmen perlindungan diri dan harta benda (seperti kenderaan bermotor).

“Inisiatif Pakej Rahmah Insurans oleh Allianz General diperkenalkan melalui Insurans PerlindunganKu Allianz4All yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000.

“Pemegang polisi yang dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan akan menerima dua manfaat baharu iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir sehingga RM750.

“Manfaat baharu itu ditambah tanpa kos tambahan, dengan premium tahunan pada kadar RM53 dan RM79.50 (termasuk cukai jualan),” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, Allianz General turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI