fbpx

Nampak paha, Masya Masyitah buat hal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAKAIAN Masya Masyitah disifatkan tidak sesuai dengan imejnya yan bertudung.

PETALING JAYA – “Paha bukan aurat rasanya untuk dia tetapi saya perasan Masya memang minat orang kecam dia dan popular dengan cara itu.”

Demikian kritikan netizen terhadap penyanyi Masya Masyitah apabila tampil menggayakan skirt mini yang juga didakwa menampakkan kulit pahanya walaupun memakai ‘legging’.

Perkara tersebut dilihat menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya menampilkan beberapa keping foto dan video berjalan-jalan di bandar Tokyo menaiki kereta berjenama Mercedez.

Dalam hantaran tersebut, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff memakai baju sekolah ala-ala pelajar Jepun dengan kapsyen: “Segala yang awak lakukan menunjukkan kepada identiti awak. Jadi, tonjolkan dengan gaya tersendiri.”

Rata-rata pengikut tidak dapat menerima gaya Masya kali ini kerana dianggap sebagai fesyen mengarut.

“Fesyen apa yang awak pakai ini semakin lama semakin mengarut dan tidak boleh diterima,” komen netizen.

“Pelik apabila melihat perempuan memakai hijab menggayakan pakaian seperti ini,” ujar pengikut.

“Pakai apa pun di dalam yang menyerupai kulit tetap haram. Kalau tidak percaya tanya Ustaz Azhar Idrus,” nasihat peminat.

Kecaman ini bukan kali pertama yang diterima oleh Masya, sebeluk ini beberapa kali gaya pemakaiannya turut tidak disenangi segelintir khalayak.

Bagaimanapun, Masya, 22, dilihat mengambil pendekatan mendiamkan diri dan tidak mengendahkan komen-komen yang menghujani ruangan komen media sosialnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI