fbpx

Pemandu Proton Wira langgar penunggang KTM Duke dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS kini sedang mengesan pemandu Proton Wira yang terlibat dengan kejadian kemalangan dengan sebuah motosikal jenis KTM Duke 200 di Kilometer 29 Jalan Lok Heng - Mawai, Kota Tinggi, malam semalam.

KOTA TINGGI – Polis sedang mengesan pemandu Proton Wira yang menghilangkan diri selepas terlibat kejadian kemalangan yang menyebabkan penunggang motosikal jenis KTM Duke 200 maut di Kilometer 29 Jalan Lok Heng – Mawai, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu telah menyebabkan penunggang motosikal Mohd Azizi Muhamad, 41, yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dengan motosikal mangsa.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu yang memandu kereta jenis Proton Wira menghala ke Mawai gagal mengawal kenderaan dan termasuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

“Akibat dari pertembungan tersebut, penunggang motosikal telah tercampak ke bahu jalan sebelah kiri laluan menghala ke Felda Waha sebelum terbakar.

“Akibat dari kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta pula meninggalkan tempat kejadian dan usaha mengesan beliau sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan mendapati pemandu kereta tersebut mempunyai rekod pelbagai kesalahan jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI