fbpx

Jangan ambil kesempatan guna jawatan pegawai polis – Acryl Sani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani berucap pada majlis serah terima tugas di Dewan Tan Sri Abdullah Hashim, Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas ketua polis negara menasihati anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak mengambil kesempatan di atas jawatan pegawai dimiliki untuk melakukan tindakan yang salah di sisi undang-undang.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, menjadi seorang pegawai polis adalah satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan.

“Justeru, saya menyeru semua untuk sentiasa mengingati bahawa jangan ‘take it for granted’ (jangan ambil mudah), kita harus menjaga pasukan keramat ini agar kekal releven selamanya,” katanya ketika berucap pada majlis serah terima tugas di Dewan Tan Sri Abdullah Hashim, Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani turut berkongsi tujuan utama beliau menyertai anggota PDRM yang pada mulanya hanya untuk mencari rezeki dan kelangsungan hidup.

“Saya tidak menyangka bahawa kemasukan saya ketika itu yang hanya bersifat sementara sahaja, rupa-rupanya telah meninggalkan perasaan cinta dan sayang pada pasukan keramat ini.

“Pasukan ini yang membina kami, keluarga membuatkan rasa berhutang budi bukan pada PDRM sahaja tetapi negara yang dicintai.

“Apakah sumbangan saya berikan pada PDRM untuk membalas jasa baik pada negara. Jawapannya tidak terbalas,” katanya.

Beliau turut menafikan bahawa peralihan kepimpinan tertinggi PDRM yang berlaku sekarang ini sesuatu yang janggal malah menyatakan ia perkara biasa dalam sesuatu agensi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI