fbpx

[VIDEO] Wanita trauma jiran ketuk rumah guna kayu pukul 3 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Azie di laman TikTok miliknya.

PETALING JAYA – Seorang wanita trauma apabila dinding rumahnya diketuk jiran berkali-kali sambil meracau seorang diri pada pukul 3 pagi.

Menurut Azie dalam hantaran TikToknya, jirannya yang lebih mesra disapa sebagai ‘aunty’ itu itu pada mulanya mesra dan rajin bersembang.

“Tetapi, selepas sebulan kami duduk sini, aunty lapor pula dekat jiran-jiran lain, katanya kami suka buat bising sehinggakan dia tak boleh tidur malam.

“Selepas itu, keadaan jadi semakin teruk. Kira-kira tiga minggu lepas, polis datang ke rumah kami kerana terima aduan bunyi bising daripada ‘aunty’ tersebut,” jelasnya.

Azie berkata, pada waktu itu mereka sekeluarga baru sahaja pulang berkhemah. Lebih menghairankan, Azie sendiri tidak pasti daripada mana datangnya bunyi bising kerana tidak ada sesiapa yang tinggal di rumah mereka pada malam tersebut.

“Nasib baiklah, polis tidak ambil apa-apa tindakan sebab memang kami tidak pernah buat bising.

“Tetapi, malam tadi, kami terjaga pukul tiga pagi disebabkan bunyi ketukan pintu yang sangat kuat. Kami ingatkan jiran sebelah kanan yang ketuk sebab tertinggal kunci.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat ‘aunty’ tadi mengetuk dinding rumah kami dengan kayu sambil meracau-racau. Katanya, lu orang mau mati, saya orang tua tak takut mati,” katanya.

Tambah Azie, bunyi bising itu berlarutan sehingga subuh. Tidak tahan dengan bunyi ketukan yang kuat, suami Azie bertindak menelefon polis.

“Selepas subuh baru polis datang, polis pun tak tahu nak buat apa sebab dia orang tua. Katanya, ‘aunty’ nak kami pindah. Masalahnya, kami tak kacau orang pun dan polis tu cakap, lain kali kalau dia buat lagi siram air,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 25,300 tanda suka dan 866 komen.

Meninjau ke ruangan komen, ada pengguna yang berasa risau dengan kesihatan mental ‘aunty’ tersebut. Ada juga yang berpendapat bahawa orang tua itu mungkin nyanyuk dan berhalusinasi.

“Ini perkara biasa yang berlaku kepada pesakit nyanyuk yang kesunyian dan stres. Mereka akan mula berhalusinasi.

“Mana-mana yang masih ada ibu bapa di rumah rajin-rajinlah balik, jangan tinggalkan mereka seorang diri,” kata seorang pengguna.

“Sama macam kes jiran saya. Semuanya disebabkan nyanyuk dan halusinasi. Kesian bila tengok orang tua dibiarkan seorang diri macam ni,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

@azie_ramly #jiranbermasalah #fypdongggggggg #seram ♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI