fbpx

Anak Johor jadi lisan imam Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Mujahid.

MEKAH – Seorang pemuda dari Johor Bahru, Johor, tetap merendah diri walaupun bergelar penterjemah khutbah dan tausiah imam-imam Masjidilharam secara kontrak sejak Oktober tahun lalu.

Muhammad Mujahid Zaharuddin, 26, berkata, dia tidak menyangka permohonannya untuk menjadi penterjemah diterima selepas menamatkan pengajian pada peringkat ijazah di Universiti Umm Al-Qura’ di sini pada Jun 2022.

Dia yang membolot 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2014 berkata, terdapat 10 terjemahan bahasa digunakan pihak pengurusan Masjidilharam dengan setiap satunya menggunakan lapan tenaga mahir. Selaku penterjemah, mereka berkait rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Antara bahasa yang diterjemahkan termasuk Melayu, Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Russia, Mandarin, Bengali, Turkiye, Hausa, Sepanyol, Tamil dan Swahili.

“Tausiah dan khutbah imam besar Masjidilharam, Shaik Abdul Rahman Al-Sudias paling susah untuk diterjemah kerana beliau menggunakan bahasa yang puitis dan halus,” katanya, ketika ditemui di sini.

Menurut Muhammad Mujhahid, Abdul Rahman menggunakan metafora atau majas yang sukar difahami oleh orang asing kerana dia mengaplikasikan bahasa Arab tinggi atau simpulan bahasa yang berlainan maksudnya.

Muhammad Mujahid yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan sekitar 4,000 hadis di dalam Sahih Bukhari dan Muslim merupakan antara penterjemah muda bahasa Melayu yang bertugas di Masjidilharam.

“Selain khutbah, kami juga menterjemahkan papan tanda dan menjadi penunjuk arah di dalam Masjidilharam bagi jemaah,” katanya.

Muhammad Mujahid yang baru mendapat anak lelaki minggu lalu menambah, penterjemah mesti memiliki sekurang-kurangnya sarjana atau PhD.

“Sebenarnya penterjemah Melayu sudah terputus sejak beberapa tahun lalu dan hanya ada alih bahasa Indonesia. Pihak pengurusan kemudian mendapati perlu ada terjemahan Melayu dan saya dipilih untuk mengisi kekosongan itu bersama seorang lagi rakan,” katanya.

Menurut Muhammad Mujahid, kelebihan menghafal al-Quran dan hadis selain mempunyai beberapa dokumen sokongan membuka ruang untuknya dipilih kerana hanya memiliki ijazah. Dia bercadang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI