fbpx

Jangan guna harta kerajaan ketika berkempen, jadi anak jantan – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Semua Exco Kerajaan Negeri Kedah diminta menyerahkan semua kenderaan rasmi masing-masing pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dicadangkan pada 28 Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya tidak mahu harta kerajaan tersebut digunakan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Saya harap parti-parti lain juga guna kaedah yang sama. Kalau ada lori yang dibeli dengan harta kerajaan, ‘parkirlah’ dulu.

“Amalkan demokrasi, jangan guna harta, dana, agensi mahupun jabatan kerajaan untuk kempen atas kekuatan dan kapasiti parti masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di sini semalam.

Sementara itu, katanya, beliau akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Ahad ini bagi mendapat perkenan berhubung tarikh pembubaran DUN yang dicadangkan pada 28 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI