fbpx

Macam mana Rohingya layak masuk universiti? – ADUN Duyong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Mohd. Noor Helmy yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem mempersoalkan keputusan kerajaan membenarkan pelarian etnik Rohingya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau yang sebelum ini dilihat ‘kurang senang’ dan bersikap keras terhadap etnik berkenaan ternyata kecewa dengan keputusan tersebut.

“Aku ni daripada semalam menjawab hal Rohingya, yang engkau nak bagi mereka belajar dekat UIA tak pasal-pasal kan.

“Satu, macam mana engkau nak sahkan pendidikan awal mereka? Dia orang kat sini pun sekolah dekat dia punya bangunan, macam mana nak mengesahkan yang mereka layak masuk UIAM?,” katanya dalam satu klip video di TikTok hari ini.

Namun, jelasnya, usaha Qatar dengan memberi sebanyak AS$50 (RM231 juta) untuk pembangunan Rohingya di Malaysia merupakan persoalan utama yang menimbulkan tanda tanya.

“Qatar ni kenapa tak nak buat sendiri, engkau bagi orang Malaysia buat apa? Engkau ambillah sekali dengan Rohingya ni.

“Penat ‘mat’ nak uruskan Rohingya. Lepastu engkau pula boleh bagi negara orang duit untuk uruskan. Lebih baik engkau ambil, ni semua ‘hempuk’ kat Malaysia dan kat sini pun angguk-angguk juga,” ujarnya.

Sehubungan itu, rata-rata ramai bersetuju dengan pandangan ADUN tersebut.

“Pasal ni saya setuju YB (Yang Berhormat), YB ni betul fikiran sama dengan rakyat,” kata Emir.

“Dia bagi duit sebab nak nampak baik, kalau pergi negara dia, mesti dia tak nak ambil,” luah Rosni.

“Saya setuju, itu semua perangkap besar, hujung-hujung Malaysia yang kena,” Fazie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI