fbpx

Wanita China lemas di Pertak, seorang lagi masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa warga China ditemui di celahan batu, 200 meter dari lokasi kejadian. FOTO ihsan: Bomba

KUALA KUBU BHARU – Aktiviti mandi-manda dua rakan bertukar tragedi apabila seorang wanita warga China ditemui tidak bernyawa, manakala rakannya yang merupakan warga tempatan masih belum ditemui selepas dipercayai hanyut dibawa arus deras sungai di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejar ke lokasi kejadian untuk operasi dan mencari menyelamat (SAR) mangsa terlibat.

“Kedua-dua mangsa hanya mandi berdua ketika kejadian sebelum dihanyutkan oleh arus deras disebabkan kepala air. Mangsa pertama adalah warga China, berusia 55 tahun ditemui di celahan batu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian sekitar pukul 6.16 petang.

“Seorang lagi mangsa yang belum ditemui dipercayai wanita warga tempatan berusia 52 tahun, ” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa pertama telah diserahkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Beliau berkata, operasi SAR mangsa sedang diteruskan menerusi kaedah pencarian di permukaan dengan pasukan dipecah kepada tiga kumpulan yang menyusuri Sungai Pertak.

“Operasi SAR diteruskan sehingga pukul 11 malam ini dan akan disambung semula pada pukul 9 pagi esok,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI