fbpx

Bekalan oksigen jutawan Pakistan, bilionair Britain kurang 24 jam, Titan belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej dari udara yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai AS memaparkan kapal Deep Energy berlayar di lokasi pencarian kapal selam Titan. - AFP

LONDON – Lima penumpang kapal selam Titan yang hilang mempunyai bekalan oksigen kurang 24 jam, lapor akhbar The Guardian hari ini. 

Titan mempunyai bekalan oksigen selama 96 jam apabila terputus hubungan semasa melakukan selaman di kawasan bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara Ahad lalu.

Setakat pukul 1 pagi tadi (waktu Malaysia), Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, Titan mempunyai oksigen mencukupi selama 41 jam, bermakna bekalan udara akan kehabisan sekitar pukul 6 petang esok (waktu Malaysia).

Terdahulu, individu yang pernah melakukan dua perjalanan ke kawasan bangkai Titanic, Joe MacInnis berkata, mereka yang berada di dalam kapal selam Titan perlu berehat, bernafas seberapa perlahan yang boleh dan cuba bertenang untuk mengekalkan tenaga.

Kapal selam itu membawa seorang bilionair Britain dan seorang taikun perniagaan Pakistan bersama anak lelakinya serta dua yang lain untuk melihat bangkai Titanic pada kedalaman beberapa kilometer di dasar laut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI