fbpx

Daya penarik shake ‘dramatik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARLON menunjukkan sebahagian sajian yang ditawarkan di restoran Black Tap Craft Burgers & Shakes, Sunway City.

KEMANISAN pati gula-gula kapas digabungkan dengan rasa sos strawberi saling melengkapi saat minuman shake yang diberi nama cotton candy diminum oleh penulis.

Rasa itu sesuai dengan hiasan ‘dramatik’ minuman yang turut mempunyai krim putar, lollipop, gula-gula batu serta gula-gula kapas di bahagian atasnya.

Bagi yang meminati kek keju dengan jem strawberi pula, anda boleh memesan shake bernama The New Yorker.

Gelas minuman yang disaluti dengan hiasan cepisan biskut Graham itu ditambah dengan sepotong kek keju dan strawberi sebagai sentuhan ‘cherry on top’.

Minuman klasik Amerika Syarikat yang telah diolah menjadi ‘dramatik’ itu merupakan antara seleksi Crazy Shake yang ditawarkan di restoran Black Tap Craft Burgers & Shakes, Sunway City, Selangor. Kedua-dua minuman berkenaan merupakan pilihan menu Crazy Shake yang paling laris.

Menurut pengurus besar restoran tersebut, Marlon A. Comia, cara pembuatan shake mereka menggunakan aiskrim, sekali gus menjadikannya lebih unik berbanding minuman milkshake atau susu kocak biasa.

“Cara kami buat shake sangat berbeza.

“Kami meletakkan aiskrim berperisa lembut sebagai asas rasa minuman tersebut dengan beberapa pilihan.

“Kami tidak menggunakan ais seperti kebiasaan minuman ini. Kami menggunakan pemutar milkshake khas untuk sebatikan aiskrim dan susu selama beberapa minit.

“Apabila bahan ini sudah mencapai tahap tekstur mengikut standard, kami terus masukkan ke dalam gelas,” katanya.

Fried mozzarella merupakan salah satu sajian terlaris di restoran Black Tap Craft Burgers & Shakes.

Secara umumnya, terdapat beberapa rasa asas minuman shake yang ditawarkan iaitu strawberi, coklat, vanila, kayu manis, kek funfetti, pandan dan mentega kacang.

Setiap pilihan tersebut dihiasi dengan hiasan atas yang berbeza mengikut menu seperti biskut Oreo, brownie, pretzel rods dan pelbagai pilihan perisa kek.

Tambah Marlon, restoran tersebut turut menyediakan minuman shake klasik dan tidak dramatik buat pelanggan yang mahukan kesederhanaan.

“Kami turut menyediakan lapan pilihan Classic Shake seperti nutella, vanila, karamel, coklat, strawberi, mentega kacang, Oreo dan Milo.

“Kami juga ada satu menu istimewa iaitu shake berperisa cili.

“Untuk minuman ini, rasa manis seimbang dengan rasa pedas, sekali gus memberikan keunikan yang sukar didapati di tempat lain,”ujarnya.

Sementara itu, makanan paling laris di restoran tersebut adalah burger the wagyu steakhouse dan the all American burger yang dihidang bersama kentang goreng, tomato, daun salad serta jeruk.

Sekiranya pelanggan mahu makanan ringan, antara menu yang ditawarkan adalah fried mozzarella dan buttermilk fried chicken tenders.

Restoran yang baru dibuka pada Mac lalu itu turut menawarkan pelbagai pilihan salad dan sandwich.

Kedua-dua pilihan tersebut sesuai buat pelanggan yang mahukan sesuatu lebih ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI