fbpx

Lelaki warga asing cabul wanita direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular lelaki disyaki meraba wanita di tapak pasar malam di Taman Perpaduan di Tambun semalam.

IPOH – Seorang lelaki warga asing direman tiga hari selepas disyaki mencabul seorang wanita di tapak pasar malam di Taman Perpaduan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

“Laporan polis berkaitan kejadian itu diterima semalam oleh mangsa berusia 36 tahun di mana suspek juga ditangkap pada hari sama. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Terdahulu video berdurasi 14 saat tular di media sosial yang menunjukkan lelaki disyaki meraba seorang wanita di tapak pasar malam di Ipoh berjaya ditangkap pengunjung dan diserahkan kepada polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI