SINGAPURA – Sebilangan penjual di platform jualan online, Carousell telah menjual nombor giliran menunggu milik mereka untuk pembelian tiket Coldplay, lapor laman berita Mothership semalam.
Harga giliran menunggu itu bermula serendah SGD$20 (RM69) hingga SGD$20 (RM172).
Perkara itu berlaku selepas kumpulan Rock Britain itu mengumumkan penambahan dua hari lagi untuk konsert jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Singapura pada 30 dan 31 Januari 2024.
Kugiran itu pada awalnya dijadualkan mengadakan empat konsert di Stadium Nasional pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.
Dengan lebih sejuta giliran menunggu untuk pembelian tiket tersebut, sebilangan penjual rela menjual nombor giliran menunggu di Carousell dan membantu orang lain membeli tiket konsert Coldplay. – Agensi