PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 8 malam.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Kedah antaranya di Sik, Baling dan Kulim, Perak antaranya di Hulu Perak, Kelantan antaranya di Jeli dan Machang, Selangor di Hulu Langat.
“Pahang antaranya di Lipis dan Raub, Negeri Sembilan di Jelebu dan Jempol, Sarawak antaranya di Kuching dan Serian, Sabah antaranya di Pedalaman dan Pantai Barat,” katanya
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE