fbpx

IJN rawat 5 juta pesakit jantung sejak 1992

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IJN - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Institut Jantung Negara (IJN) telah merawat seramai kira-kira lima juta pesakit pelbagai masalah jantung di negara ini sejak ditubuhkan pada Ogos 1992.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim berkata, secara purata pusat perubatan itu merawat seramai 250,000 pesakit setiap tahun.

Menurut beliau, IJN bagaimanapun mempunyai kemampuan untuk meningkatkan lagi jumlah penerimaan pesakit sekiranya keadaan kesihatan awam memerlukan.

“Walaupun jumlah itu kedengaran besar, namun kita mempunyai kapasiti untuk memberi rawatan kepada lebih ramai pesakit kerana fasiliti tersedia mencukupi, dengan kakitangan berkepakaran dalam setiap bidang berkaitan.

“IJN mempunyai sembilan dewan bedah khusus untuk merawat pesakit jantung, di mana kita boleh membuat sebanyak 18 pembedahan dalam sehari. Kita juga mempunyai seramai 2,400 kakitangan dengan jururawat melebihi 1,000 penjawatan, mereka adalah tulang belakang perkhidmatan di IJN. Manakala bagi doktor pula, kita memiliki seramai 170 orang,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara IJN dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas berhubung MoU dan MoA berkenaan, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md. Illias memaklumkan kerjasama antara UTM dan IJN telah terjalin sejak 2013, sebelumnya disambung selama lima tahun lagi, bermula tahun ini.

Rosli turut memaklumkan UTM sedia bekerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik bersama IJN bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan di pusat berkenaan pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI