fbpx

Dapat durian mahal hanya bermodalkan RM3.46

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan menggunakan mesin cakar untuk mendapatkan buah durian di Singapura baru-baru ini. - Foto YouTube/DancingBacons

SINGAPURA  – Pencinta buah-buahan boleh mendapat sebiji durian dengan bermodalkan S$1 (RM3.46) jika mereka berjaya mengambilnya menggunakan ‘penyepit’ di dalam mesin cakar, lapor portal berita M Today semalam.

Seseorang itu berpeluang memenangi sebiji raja buah itu pada harga tersebut daripada mesin cakar Play United yang boleh didapati di beberapa pasar malam dan pusat beli-belah seperti Hougang Mall dan Tampines 1.

Pencipta kandungan di Singapura menerbitkan video mengenainya di saluran YouTube, DancingBacons.

Selepas beberapa kali mencuba, dua pencipta kandungan itu berjaya menggunakan ‘penyepit’ untuk medapatkan tiga biji durian pelbagai saiz menggunakan pencakar tersebut.

Video yang disiarkan pada 7 Jun lalu itu kemudian menjadi tular. Ia mendapat lebih 430,000 tontonan dan 480 komen.

Bagi mendapatkan tiga biji durian itu, mereka membelanjakan wang kira-kira S$18.70 (RM64.71).

Pada awal bulan ini, seorang lelaki berusia 45 tahun dilaporkan berjaya mendapatkan lima biji durian daripada mesin cakar Play United dalam masa 15 minit di pasar malam Toa Payoh. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI