fbpx

Kapal persiaran ‘tanpa destinasi’ belayar dari Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL World Dream berlabuh di Marina Cruise Center, Singapura pada 27 Oktober lalu. - AFP

SINGAPURA – Beratus-ratus penumpang mula berlayar dari Singapura hari ini dalam ‘pelayaran tanpa destinasi’ bercirikan  langkah-langkah keselamatan untuk mencegah pandemik koronavirus ketika industri kapal persiaranyang suram berusaha untuk pulih semula.

Pelayaran dihentikan di seluruh dunia Mac lalu selepas sekatan perjalanan dilaksanakan dengan wabak Covid-19 turut dikesan dalam sebilangan kapal persiaran, namun operasinya kini disambung semula di beberapa tempat.

Pelayaran tanpa destinasi itu bermula dan berakhir di tempat yan sama tanpa sebarang hentian. Ia terbukti berjaya apabila penumpang yang memakai pelitup muka berbaris panjang untuk menjalani ujian Covid-19 sebelum menaiki kapal World Dream.

Kapal persiaran itu bertolak hari ini ke Selat Melaka menuju perairan antarabangsa sebelum belayar pulang Singapura esok.

Seorang perunding kewangan, Vinoth Arun, 27, yang ditemani oleh teman wanitanya merupakan antara kira-kira 1,400 penumpang  menaiki kapal itu. Ia adalah separuh daripada kapasiti penuh World Dream bagi memastikan penjarakan sosial.

“Anda membawa barang-barang dan pasport anda, saya rasa itu meletakkan dalam pemikiran anda bahawa anda pergi bercuti,” katanya.

Dia merasa lebih selamat untuk belayar sekarang berbanding awal tahun ini.

“Sekarang semua orang tahu tentang Covid-19 dan mereka tidak bersikap tindak endah lagi,” ujar Vinoth.

Pengendali pelayaran itu , Kumpulan Genting juga telah memperkenalkan pelbagai langkah keselamatan.

Antara langkah keselamatan itu termasuk kamar dan tempat umum dibasmi kuman secara berkala, restoran memiliki kapasiti lebih rendah, penumpang harus membuat tempahan untuk ke kolam renang manakala klinik kapal dilengkapi mesin yang dapat mengeluarkan ujian Covid-19 dalam masa satu jam sahaja.

Kapal tersebut juga mempunyai unit rawatan rapi sekiranya ada penumpang menghidap Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI