fbpx

TPM ucap tahniah kepada Razarudin, Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah di Facebook Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuatkuasa 23 Jun ini.

Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebook turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada tarikh sama.

“Selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan semoga terus komited menerajui pasukan PDRM demi menjaga keselamatan dan kemakmuran negara,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara berkuat kuasa Jumaat ini.

Pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI