fbpx

Duda kudung kaki tak mampu siapkan tempahan sarung pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Omar sayu melihat koleksi sarung pisau dan keris yang pernah dihasil ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Tiada apa yang mampu dilakukan oleh seorang bapa tunggal selain meneruskan kudratnya membuat sarung pisau sekalipun terpaksa bergelar orang kelainan upaya (OKU) sejak dua bulan lalu.

Wan Omar Wan Mansor, 51, dari Kampung Bukit Diman di sini berkata, kaki kanannya terpaksa dipotong pada April lalu akibat komplikasi diabetes kronik.

Katanya, kekurangan itu menyebabkan pergerakannya semakin terbatas, sekali gus memberi kesan terhadap perusahaan sarung pisau miliknya.

“Kudrat saya masih berkura­ngan menyebabkan banyak tempahan terpaksa ditolak buat masa ini.

“Ikutkan setiap Hari Raya Aidiladha sebelum ini, saya mampu menerima sekurang-kurangnya 250 tempahan bagi kegunaan ibadah korban, tetapi kali ini saya tidak mampu membuat seba­nyak itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Diman, Ajil di sini baru-baru ini.

Wan Omar berkata, selain sarung pisau, dia turut menyara dua anaknya dengan mengambil upah membuat golok, kapak dan keris sejak tahun 2016.

“Saya masih kekok selepas kaki dipotong dan sudah empat kali saya terjatuh kerana kurang keseimbangan badan sewaktu cuba membuat sarung pisau.

“Pergerakan saya terbatas dan masih bergantung dengan kerusi roda,” katanya.

Wan Omar berkata, senario itu menyebabkan dia kehilangan sumber pendapatan sehingga terpaksa bergantung kepada belas ihsan sanak saudara terdekat.

“Isteri meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berair pada dua tahun lalu.

“Saya baharu memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan statusnya kini masih dalam proses,” katanya yang kini menyara dua anak berusia 13 dan 17 tahun.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Wan Omar bernombor 163037205500 (Maybank) atau menghubungi­nya di talian 017-9713627.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI