fbpx

Ramai sebak, bapa tunai permintaan anak sakit kanser mahu mandi kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bapa Nurul Jannah menunaikan permintaannya untuk ke kolam.

PETALING JAYA – Kegigihan seorang bapa menunaikan permintaan anaknya yang menghidap sakit kanser untuk mandi kolam mengundang sebak orang ramai.

Menerusi klip video yang dipercayai dimuat naik bapa kanak-kanak terbabit, Syukrilazizi di akaun TikTok miliknya memaparkan, dia mengangkat anaknya yang dibaringkan di atas pelampung dan membawanya ke kolam di luar rumah.

“Tunaikan permintaan anakanda, Nurul Jannah, untuk pergi kolam,” katanya.

Tambahnya, dia berdoa supaya ini bukan kali terakhir dia dapat menjaga dan menunaikan permintaan anak perempuannya itu.

“Moga ini bukan kali terakhir papa dan umi dapat tunaikan permintaan kamu,” ujarnya.

Menurut hasil tinjauan Kosmo! mendapati Nurul Jannah menghidap kanser Neuroblastoma tahap empat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Nurul Jannah.

“Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit Nurul Jannah dan permudahkanlah segala urusannya dan urusan papa serta umi dia,” kata Pujie Tokey.

“Ayah yang hebat. Moga terus tabah,” ujar Dielasky.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 300,000 tontonan dan 9,596 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI