fbpx

Permohonan ulasan awam pembinaan lapangan terbang baharu Tioman dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Setelah lima tahun cadangan diumumkan, akhirnya warga Pulau Tioman di Pahang bakal merasai lapangan terbang baharu bertaraf antarabangsa menjelang 2030.

Susulan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mula membuka permohonan untuk ulasan awam bagi Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) projek berkenaan yang bakal dimulakan awal 2024.

Katanya, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Baharu atau NTIA akan meliputi kawasan seluas 186.36 hektar dengan kos dianggarkan RM1.2 bilion.

Paparan grafik memaparkan tapak cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman.

“Sebanyak 76 peratus daripada keluasan premis baharu tersebut merupakan kawasan tambakan laut dan dua kilometer dari lokasi terminal sekarang. NTIA adalah selaras dengan dasar pembangunan kerajaan negeri menambah baik akses pengangkutan udara, memajukan sektor pelancongan dan faedah ekonomi,” katanya tadi.

Agensi itu menambah, komponen utama projek tersebut turut meliputi sebuah jeti dan potongan cerun, manakala terumbu karang akan dipindahkan ke perairan yang berdekatan.

JAS berkata, ban perimeter bakal dibina selain pengisian pasir sebelum pembinaan bangunan terminal dengan projek dijangka mengambil masa tujuh tahun untuk lengkap disiapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI