fbpx

Ah long guna logo bank berdaftar jerat mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOON GUAN (dua dari Kiri) bersama Wee Tse menunjukkan salinan laporan polis berhubung penipuan pinjaman ah long di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tebrau, Taman Gaya Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengusaha perniagaan pengurusan jenazah tidak menyangka hasrat untuk membuat pinjaman peribadi secara atas talian menyebabkan dia terjerat dengan sindiket pinjaman wang atau ah long.

Liew Choon Guan, 30, berkata, dia mahu membuat pinjaman dengan institusi perbankan berdaftar sebanyak RM10,000 setelah perniagaannya berdepan masalah kewangan namun tak menyangka timbul isu yang lebih besar.

Beliau berkata, sindiket tersebut telah membuat pemindahan wang berjumlah RM500 ke akaunnya pada 5 Jun lalu dan menuntut pembayaran sebanyak RM2,000 keesokan harinya.

“Saya tertarik dengan iklan pinjaman peribadi di Facebook dan merasakan ia adalah saluran yang sah kerana mempunyai logo bank. Saya fikir mereka adalah ejen yang akan membantu mendapatkan pinjaman bank untuk saya.

“Setelah menyerahkan maklumat peribadi kepada individu bernama Aaron, tidak lama kemudian dia memberitahu pinjaman saya telah diluluskan namun amaun yang diberikan cuma RM500,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tebrau, Taman Gaya, di sini hari ini.

Choon Guan berkata, ah long tersebut mengarahkannya membuat pembayaran pada tarikh yang ditetapkan dan mereka akan bertindak ganas dengan memotong tangan sekiranya gagal berbuat demikian.

Katanya, dia berhasrat untuk tidak meneruskan pinjaman itu dengan memulangkan semula RM500 tersebut namun mereka tidak mengendahkannya.

Selain itu, Choon Guan berkata, masih ada ahli keluarga yang menerima ugutan daripada lelaki terbabit meskipun nombor telefon sindiket telah disekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI