PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipermudahkan urusan ibadah haji.
Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau mendoakan Seri Paduka Baginda berdua memperoleh haji yang mabrur.
“Awal pagi tadi saya hadir ke Istana Negara bagi menghadiri Upacara Keberangkatan Yang Di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ke Tanah Suci yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bagi menunaikan ibadah haji.
“Mendoakan semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah Suci Mekah,” katanya hari ini.
Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci bermula hari ini hingga 2 Julai depan. – KOSMO! ONLINE