fbpx

Razarudin dilantik Ketua Polis Negara, Ayob Timbalannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kiri) dan Ayob (kanan)

KUALA LUMPUR – Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Katanya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI