fbpx

Dua ejen ah long mengaku salah ugut ambil barang milik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua rakan sekerja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini, atas tuduhan mengugut seorang wanita yang merupakan pekerja sebuah hotel dalam kejadian di Telok Kemang, minggu lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

PORT DICKSON – Dua rakan sekerja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan mengugut seorang wanita yang merupakan pekerja sebuah hotel dalam kejadian di Telok Kemang, minggu lalu.

Tertuduh, Choo Wilson, 21, dan Yusuf Awang, 33, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V. Vanita.

Berdasarkan pertuduhan bersama, pada 14 Jun lalu, kira-kira pukul 5.50 petang di hotel berkenaan, kedua-dua tertuduh telah melakukan ugutan dimana mereka akan mengambil barang-barang milik hotel jika wanita tersebut gagal memberi wang.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 14 Jun kira-kira pukul 3 petang, semasa pengadu di Lebuhraya Bangi telah menerima panggilan dari kakitangannya yang memaklumkan bahawa terdapat dua lelaki datang ke tempat penginapan berkenaan bagi mencari pengarah dan mereka memperkenalkan diri sebagai pemungut hutang daripada sebuah syarikat pinjaman wang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh, manakala, kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Althea Suraya Rahmat.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kepada setiap tertuduh dan sekiranya gagal menjelaskan bayaran berkenaan akan dikenakan penjara enam bulan.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh telah menjelaskan bayaran denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI