fbpx

Sempat bacakan Yassin 15 minit sebelum Rohana Jalil meninggal – Suliza Salam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULIZA SALAM sempat membacakan surah Yassin untuk arwah Rohana Jalil sebelum penyanyi itu menghembuskan nafasnya terakhir.

PETALING JAYA – Penyanyi yang juga rakan seperjuangan Allahyarhamah Rohana Jalil, Datin Suliza Salam terkejut, namun bersyukur kerana sempat menziarahi arwah ketika masih terlantar di hospital.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Suliza juga memberitahu sempat sedekahkan Yassin kepada arwah, 15 minit sebelum penyanyi popular era 1980-an itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Syukur alhamdulillah sempat bertemu dan memperdengarkan surah Yassin buatnya. 15 minit sebelum kak Ana (panggilan Rohana) menghembuskan nafas terakhirnya.

“Kembalinya seorang sahabat dan ibu untuk bertemu penciptanya,” tulis Suliza.

Ujar ibu kepada penyanyi Ismail Izzani itu lagi, dia menyifatkan arwah Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil sebagai seorang sahabat yang baik dan akan sentiasa mengabadikan kenangan mereka bersama sepanjang masa.

“Berehatlah dengan tenang kak. Akan tersimpan kenangan kita bersama, pahit manis menjadi anak seni,” luah Suliza.

Malam tadi, industri seni kehilangan seorang lagi bintang berbakat besar selepas penyanyi yang popular menerusi lagu Rayuanku itu meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 11.33 malam.

Arwah dimasukkan ke hospital sejak 18 April lalu akibat kebocoran pada usus. Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah, dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zohor, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI