fbpx

[VIDEO] Kim Pan-gon teruja makan black thorn menjelang perlawanan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Pan-gon yang teruja menikmati durian jenis black thorn.

PETALING JAYA – Menjelang aksi Harimau Malaya menentang Papua New Guinea, pukul 9 malam ini, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, sempat menikmati durian jenis ‘black thorn’ atau duri hitam selepas sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zezaliy Salleh di TikTok, jurulatih dari Korea Selatan itu dilihat tidak menolak untuk mencuba raja buah itu.

“Coach Kim Pan-gon makan durian lepas latihan akhir menjelang pertemuan Papua New Guinea. Coaching staff lain pun sama menikmati,” tulisnya pada kapsyen.

Sebelumnya, menerusi video itu dapat dilihat seorang peniaga durian mendekati Pan-gon dan memberitahu durian yang dipegangnya itu adalah jenis durian duri hitam.

“Istimewa untuk anda pada hari ini. Ini adalah durian yang paling mahal dalam Malaysia,” kata peniaga itu disertai riak gembira dan teruja Pan-gon.

Tidak mahu bersendirian menikmati raja buah yang terkenal dalam kalangan peminat durian itu, Pan-gon dilihat turut memanggil kakitangan jurulatih yang lain untuk sama-sama merasai keenakannya. – KOSMO! ONLINE

@zezaliy Coach Kim Pan Gon makan durian lepas last training menjelang pertemuan Papua New Guinea.. Coaching staff lain pon sama menikmati.. #kimpangon #harimaumalaya #durihitam #durian #blackthorn #fyp @Harimau Malaya Official ♬ original sound – Zezaliy Salleh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI