fbpx

Geng Mar, Geng Debu aktif samun, pecah rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahsmon (dua kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas daripada Geng Mar pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini.

KUCHING – Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah yang aktif di sini iaitu Geng Mar dan Geng Debu, dengan tertangkapnya beberapa individu yang dipercayai ahlinya.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata bagi Geng Mar, kumpulan yang didalangi empat lelaki tempatan berumur antara 24 hingga 33 tahun itu ditangkap pada 16 Jun lalu.

Katanya kumpulan itu aktif menyamun secara berkumpulan menggunakan senjata yang menyasarkan premis-premis 24 jam di sekitar daerah ini.

“Kesemua suspek ditangkap di lokasi berasingan iaitu Jalan Merdeka, Petra Jaya, Samariang, Tabuan Jaya dan sekitar bandar raya ini oleh Cawangan D9, Siasatan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching,” katanya pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini.

Ahsmon berkata kesemua suspek juga didapati mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah, dengan tiga daripada mereka turut didapati positif methamphetamine dan seorang positif dadah jenis ganja.

Katanya, kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 23 Jun ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, bagi Geng Debu, Ahsmon dua daripada tiga ahlinya ditangkap 16 Jun lalu pada pukul 5.10 pagi di kawasan perumahan di Stampin Tengah manakala seorang lagi dicekup di sebuah rumah di kawasan Stutong pada pukul 8.30 pagi.

“Kesemua mereka berusia 18 hingga 25 tahun. Dua daripada suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan ketiga-tiganya juga didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI