fbpx

Juru dawai elektrik maut, motosikal rempuh Perodua Axia keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Kawasaki Daniel Azim yang berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Axia di KM 2, Jalan Kuala Berang - Tanggol - Wakaf Tapai berhampiran Kampung Butut, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang juru dawai elektrik maut selepas motosikal berkuasa tinggi dinaikinya merempuh sebuah kereta Perodua Axia yang dikatakan tiba-tiba keluar simpang di Kilometer 2, Jalan Kuala Berang -Tanggol- Wakaf Tapai, Kampung Butut di sini hari ini.

Mangsa, Daniel Azim Abu Bakar, 21, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu di sini pada pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kemalangan pada pukul 8.30 pagi itu, Daniel Azim dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Binjai Rendah, Marang dari rumahnya di Padang Setengge di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Kawasaki dinaiki mangsa gagal mengelak sebuah kereta Perodua Axia yang dikatakan tiba-tiba keluar simpang.

“Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa patah kedua-dua kakinya selain kecederaan beberapa anggota badan lain,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, Daniel Azim telah dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu namun menghembuskan nafas terakhir kira-kira sejam kemudian.

Tambah beliau, pemandu kereta Perodua Axia yang merupakan seorang wanita berusia 42 yang sewaktu kejadian dikatakan dalam perjalanan ke kedai runcit miliknya terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Kes disiasat  di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI