HANOI, Vietnam – Seorang wanita di Vietnam yang sedang menyampu sampah di luar rumahnya hanya ketawa melihat rantai emasnya dilarikan oleh seorang pencuri, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Mangsa tidak bersedih apabila rantai leher dianggarkan bernilai 24.9 juta dong (RM4,915) itu diragut kerana ia adalah barang kemas palsu.
Rakaman video kejadian yang tular di laman sosial antarabangsa menunjukkan wanita itu dengan santai menyapu sampah di tepi jalan raya di hadapan rumahnya apabila seorang peragut yang menaiki motosikal menghampirinya.
Dia pantas merentap rantai leher emas mangsa dan melarikan diri.
Anehnya, mangsa ketawa dengan kuat dan menjerit sesuatu kepada pencuri yang melarikan diri.
Difahamkan dia kemudian membuat laporan polis dan mengaku bahawa rantai lehernya palsu.
Pihak berkuasa menyatakan, kejadian berlaku pada 16 Jun lalu.
Polis meneliti sistem televisyen litar tertutup dalam usaha memburu suspek. – Agensi