fbpx

Umang-umang Thai hadapi krisis ‘perumahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seekor umang-umang di Taman Negara Mu Koh Lanta dalam wilayah Krabi. - AFP

BANGKOK – Bilangan umang-umang di selatan Thailand meningkat dengan begitu banyak semasa ketiadaan pelancong asing akibat pandemik koronavirus sehinggakan pihak berkuasa sebuah taman negara merayu orang ramai mendermakan cengkerang untuk dijadikan ‘rumah’ haiwan tersebut.

Populasi umang-umang yang hidup di dalam cengkerang haiwan lain melonjak di beberapa buah pulau di Taman Negara Mu Koh Lanta, manakala ahli-ahli biologi marin percaya fenomena itu berpunca daripada ketiadaan pelancong.

Ekonomi Thailand amat bergantung kepada pelancong asing tetapi negara itu hanya menerima sebilangan kecil daripada 40 juta pelawat antarabangsa yang direkodkan pada  tahun lalu.

“Sebab  kami memerlukan cengkerang adalah peningkatan mendadak bilangan umang-umang, saya fikir dalam jumlah berpuluh-puluh ribu,” kata Pengarah Taman Negara Mu Koh Lanta,Veerasak Srisatjung.

Sebilangan umang-umang menjadi lebih besar daripada rumah haiwan itu  dan menjadikan cebisan sampah seperti tin kosong, botol atau topi sebagai rumah baharunya. Menurut Veerasak, pihak berkuasa mengesan kekurangan itu kira-kira seminggu lalu.

Sehubungan itu, pihak berkuasa taman negara menggesa orang ramai menderma cengkerang berbentuk kon melalui pos ke pejabatnya di wilayah Krabi.

Setakat ini, sebanyak 200 kilogram cengkerang telah dijanjikan untuk dihantar, manakala sukarelawan boleh membantu mengagihkan cengkerang itu semasa sambutan hari bapa di Thailand pada 5 Disember ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN