fbpx

Skuad remaja Harimau Malaya sedia tebus maruah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD remaja Harimau Malaya perlu segera melupakan kekecewaan menjelang aksi menentang Laos pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Asia B-17 2023 di Stadium Thammasat, Bangkok malam ini.

KETUA jurulatih skuad bawah 17 (B-17) negara, Omaro Osmera mahu anak-anak buahnya ‘menebus maruah’ dengan melakar kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala Asia B-17 2023 menentang Laos di Stadium Thammasat, Bangkok malam ini.

Bagaimanapun, perlawanan bertemu seteru Asia Tenggara itu boleh dianggap pelengkap jadual buat skuad remaja Harimau Malaya susulan kekalahan dua perlawanan berturut-turut kepada Yemen dan Thailand sebelum ini.

Menurut Omaro, keyakinan barisan pemain ketika ini agak merudum selepas peluang untuk mara ke peringkat kalah mati tertutup sepenuhnya tetapi itu tidak bermakna pasukan memberi aksi sambil lewa.

“Kita masih perlu mengharungi satu lagi perlawanan kompetitif bertaraf Piala Asia dan saya harap pasukan dapat berikan sepenuh tenaga dengan melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Kemungkinan besar kita akan merombak kesebelasan utama tetapi memandangkan ada dalam kalangan pemain ditimpa kecederaan tetapi saya pasti itu bukan alasan untuk tidak berikan aksi terbaik sepanjang perlawanan nanti,” katanya kepada media semalam.

Kegagalan skuad B-17 negara boleh dianggap sebagai ‘malapetaka’ memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan sasaran agar pasukan meloloskan diri sekurang-kurangnya di pusingan suku akhir.

Malah, berdasarkan format Piala Asia B-17 kali ini, empat pasukan terbaik yang layak ke separuh akhir nanti akan meraih tiket automatik ke Piala Dunia B-17 2023 pada November depan.

Kempen kali ini adalah penyertaan keenam skuad B-17 di pentas Piala Asia B-17 dengan pencapaian terbaik mara ke peringkat suku akhir pada edisi 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI